Dua hari sebelum exam , doktor pakar Mr.Hans datang . dia bagitahu yang aku kena jawab exam disini . aku tanya kepada dia "sampai bila?" then dia pun cakap sebulan , sampai habis exam .
fuhhh memang abah aku bawak semua buku2 untuk aku study dalam wad . setiap katil ada satu meja letak makanan dan satu almari . tapi disebabkan buku aku terlampau banyak aku dapat dua meja hihihi .
Surat kebenaran Hospital untuk sekolah

Sebenarnya aku tak tahu pun ada sorang lagi yang akan duduk wad selama sebulan macam aku , yaaa dia calon SPM juga . Nama dia Fatin Nadzirah . lepas dia masuk wad , kitorang berdua kena pindah bilik . khas untuk calon SPM . Tapi dalam satu bilik tu hanya kitorang berdua saja . ye lah sebab yang amik exam kitorang je budak perempuan yang sakit bahagian tulang . Dia masuk wad sebab tulang tapak kaki dia retak . kalau korang dengar cerita dia memang lawak . sebelum aku kenal dengan fatin , aku tengok dia macam sombong . tapi sebenarnya tidak sama sekali . dia seorang yang friendly . masing2 malu nak tegur sapa sampai lah malam dia nak pergi tandas kat luar , baru aku yang tegur dia haha . pastu lama2 kitorang dah makin rapat . setiap hari kitorang bergurau senda , main lumba2 guna kerusi roda . lepak kat kaunter depan bilik kitorang , pomen tv yang rosak sebab kitorang bosan sangat , kitorang nak tengok tv masa tu . kat sana kitorang selalu kena kacau dengan doktor pakar . tak tahu apa doktor tu nak dari kitorang ..
Okay sambung semula ...
Malam sebelum exam , kitorang study..ada macam2 perasaan . ada perasaan takut , risau , tak tahu lah sebab apa , maybe sebab esoknya exam kot .,
keesokan harinya
pada jam 7;30 pagi kitorang dibawa ke wad atas (bunga raya 1)

di situ lah tempat kitorang menduduki peperiksaan .. semasa kitorang sampai . ada 2 orang lelaki calon SPM dah tersadai dekat luar library. sambil tunggu pengawas peperiksaan sampai , kitorang masing2 tanya sakit apa . aku macam biasalah jawab sakit saraf . yang sorang laki tu nama dia Irfan , dia xsiden patah peha kot . yang sorang lagi xsiden jugak tapi aku tak tahu dia ada patah ke tak , yang pasti aku panggil dia "zombie" sebab cara jalan dia sebijik macam zombie HAHAH .. masa kitorang kena bawak masuk bilik peperiksaan tu , ada lagi sorang budak perempuan tapi kitorang tak tahu dia sakit apa . dia pendiam sangat . lagipun sehari je dia jawab kat situ .
masa dalam wad tu , pengawas peperiksaan tanya siapa yang tak boleh duduk atas kerusi roda ? so , 3 orang duduk atas katil , 2 orang duduk atas kerusi roda . tapi malangnya ,yang duduk atas katil aku , Irfan dan Kimi . 2 laki sorang pompuan dalam satu bilik . tapi mujur pintu tak tutup rapat kalau tak timbul fitnah nanti .
Seterusnya , setiap aku nak jawab soalan mesti irfan dan kimi buat lawak dalam bilik tu . diorang menyanyi lah , menjerit lah , tidur lah padahal satu habuk pun soalan diorang tak jawab lagi . ketua pengawas pun cakap "dah sampai hongkong dah ke kimi tu " hahaha seriusly , memang lawak cara diorang tidur siap berdengkur lagi . tapi agak sedih lah sebab irfan dan kimi cuma seminggu je dia jawab kat situ . hari last diorang kat situ , lepas siap jawab soalan , diorang nyanyi lagu selamat tinggal sambil lambai tangan ke arah aku . aku masa tu ya Allah tak de sape dah nak hiburkan aku lepas ni . emm sayu hati aku . tapi tak pe lah , sebab mak dia ada masukkan number aku dengan fatin dalam group . apa2 hal boleh chat dalam tu je . (cerita ni aku potong je sebenarnya sebab malas nak cerita satu per satu ) ..
bila semua calon dah balik tinggallah aku dengan fatin je . tapi tak pe kitorang still happy sebab ada cikgu yang sporting huhu .dalam 2 minggu kitorang jawab berdua je . dan tiba2 minggu ke 3 ada dua orang calon baru . sorang laki sorang perempuan . aku macam biasalah jawab atas katil dengan sorang budak laki nama dia Izwan tapi orang panggil Poikk . Yang sorang budak pompuan tu aku tak tahu nama dia apa sebab dia bukan exam satu bilik dengan aku , so ape2 hal aku tnya si fatin tu . oooo nama dia Iffah Farzana.. sedapkan nama dia , budak sekolah agama macam aku jugak tapi entah kenapa aku tak pernah kenal haha . lagipun aku tak pernah bertegur sapa pun dengan dia sebab dia pun sehari je jawab exam kat wad . tapi nasib baik fatin masukkan dia dalam group whatsapp . dan dalam tu je lah kitorang berkenalan ..
bila semua dah dapat discaj , tinggal aku dengan fatin lagi kat hospital . sampai satu tahap kitorang rasa bored asyik terperangkap je kat wad , kitorang pun mintak izin nak keluar pergi sekolah jumpa kawan2..tapi malangnya nasib doktor pakar tak bagi takut apa2 berlaku nanti pihak hospital dipersalahkan ..so itorang buat keputusan , kitorang mintak discaj . dan doktor pakar pun bagi .... yeayyyy !! happy sangat masa tu dapat balik tapi cuma dua hari je dapat balik pastu nanti masuk balik wad ergghh .
dua hari kemudian....
aku dengan fatin masuk wad semula..tapi tempat kitorang dah tak macam mula2 masuk tu . kali ni fatin duduk katil aku , dan aku duduk dikatil 4 . bilik still sama . esoknya kitorang free tak ada exam , malam tu kitorang borak2 kosong . mood study tak datang lagi hahaha , esoknya pun kitorang bangun lambat , sampai doktor tau yang kejut aku . fatin tak tahu lah dia bangun sendiri ke doktor yang kejutkan ahahah . doktor kejut sebab nak check kaki dengan tulang belakang aku , biasalah kan kerja doktor memang macam tu ..
Pukul 8 malam...
aku study kat katil aku , tiba2 fatin ajak aku borak . bila dah ajak borak , memang buku tertutup lah kan . pastu bila rancak berborak , Dua orang doktor pakar round tetiba dia datang sampai kat pintu , sebab tempat aku dekat dengan pintu . doktor tu cakap kat aku sambil tengok buku aku " Dari tadi macam tu je buku study ke dok ni" masa tu aku hanya mampu gelak je . bila doktor tu dah pergi kitorang sambung balik bercerita .( tak sedar esoknya exam) kahkah!!
pukul 7 pagi.....
hari last exam , hari last kitorang kat wad , hari last kitorang berjumpa . suasana tak macam biasa , redup sayuu je rasanya . lepas ni tak tahu boleh dapat jumpa lagi ke tak .. pagi aku tak de paper , fatin saja yang ada , aku cuma ada paper petang subjek ekonomi asas . so aku ikut je fatin pergi exam kat wad atas , tapi aku tak ganggu dia pun . sampai lah dia habis soalan giliran aku pulak yang exam . aku ingatkan nak bergambar dengan pengawas2 dan fatin tu . tapi fatin tu pulak yang kena balik awal . tinggallah aku sorang . nak jawab soalan tak de mood langsung masa tu , nasib baik pengawas yang perempuan tu hiburkan aku . boleh pulak dia selfie dengan aku masa aku tngah jawab soalan .bila dah habis soalan , aku dibawa keluar dari bilik exam tu . tiba2 pengawas lelaki (cikgu azali) kata " moh selfie" haha masa tu aku ape lagi exited bergambar dengan pengawas peperiksaan weii . tapi sedih lah kan aku nak bergambar dengan fatin , irfan , kimi , iffah , poikk .. tapi tu semua angan2 . memang sedih sngat waktu tu bila pengawas hantar aku kat wad kenanga 6, barang2 aku dah siap kemas . tinggal nak tunggu surat discaj je . mase tu hati aku macam laju sangt , lepas ni aku dah x dapat jumpa pesakit2 SPM . ni lah pengalaman aku yang tak dapat aku lupakan...dan aku harap persahabatan kita akan kekal dan bukan hanya di wad sahaja . i love uoall !
Kimi dan Irfan
Ini masa kitorang dapat discaj (Fatin dan Aku)
Itu lah poikk , gambar ni masa dia nak balik dah . kebetulan aku dengan fatin lepak kat Dobi HoSHAS
Cikgu azali , Anis(aku) , Cikgu Baiza , Cikgu shikin dan belakang tu ketua pengawas Cikgu Din . pengawas pepeiksaan yang sangat2 sporting !!
Sekian saja cerita aku ....
*crita ni aku potong je sebab tak larat nak olah satu2 hehe .bye Assalamualaikum w.b.t !! semoga anda terhibur huhu ...!!




No comments:
Post a Comment