Thursday, 2 March 2017

Exam Bersama Kawan Baru DiHospital

Assalamualikum w.b.t . aku nak sambung cerita yang haritu . tapi aku rasa tak perlu kot sebab cerita dia panjang sangat . lagipun otak aku ni dah tepu hehe . aku akan cerita pengalaman aku jawab exam kat wad selama sebulan . Fuyooo !! seminggu pun orang rasa dah bosan apatah lagi sebulan . ini pengalaman yang aku x dapat lupakan .
Dua hari sebelum exam , doktor pakar Mr.Hans datang . dia bagitahu yang aku kena jawab exam disini . aku tanya kepada dia "sampai bila?" then dia pun cakap sebulan , sampai habis exam .
 fuhhh memang abah aku bawak semua buku2 untuk aku study dalam wad . setiap katil ada satu meja letak makanan dan satu almari . tapi disebabkan buku aku terlampau banyak aku dapat dua meja hihihi .
                                 
                                       Surat kebenaran Hospital untuk sekolah
                                 

Sebenarnya aku tak tahu pun ada sorang lagi yang akan duduk wad selama sebulan macam aku , yaaa dia calon SPM juga . Nama dia Fatin Nadzirah . lepas dia masuk wad , kitorang berdua kena pindah bilik . khas untuk calon SPM . Tapi dalam satu bilik tu hanya kitorang berdua saja . ye lah sebab yang amik exam kitorang je budak perempuan yang sakit bahagian tulang . Dia masuk wad sebab tulang  tapak kaki dia retak . kalau korang dengar cerita dia memang lawak . sebelum aku kenal dengan fatin , aku tengok dia macam sombong . tapi sebenarnya tidak sama sekali . dia seorang yang friendly . masing2 malu nak tegur sapa sampai lah malam dia nak pergi tandas kat luar , baru aku yang tegur dia haha . pastu lama2 kitorang dah makin rapat . setiap hari kitorang bergurau senda , main lumba2 guna kerusi roda . lepak kat kaunter depan bilik kitorang , pomen tv yang rosak sebab kitorang bosan sangat , kitorang nak tengok tv masa tu . kat sana kitorang selalu kena kacau dengan doktor pakar . tak tahu apa doktor tu nak dari kitorang ..
Okay sambung semula ...
Malam sebelum exam , kitorang study..ada macam2 perasaan . ada perasaan takut , risau , tak tahu lah sebab apa , maybe sebab esoknya exam kot ., 
keesokan harinya 

                                     pada jam 7;30 pagi kitorang dibawa ke wad atas (bunga raya 1) 


                                                

di situ lah tempat kitorang menduduki peperiksaan .. semasa kitorang sampai . ada 2 orang lelaki calon SPM dah tersadai dekat luar library. sambil tunggu pengawas peperiksaan sampai , kitorang masing2 tanya sakit apa . aku macam biasalah jawab sakit saraf . yang sorang laki tu nama dia Irfan , dia xsiden patah peha kot . yang sorang lagi xsiden jugak tapi aku tak tahu dia ada patah ke tak , yang pasti aku panggil dia "zombie" sebab cara jalan dia sebijik macam zombie HAHAH .. masa kitorang kena bawak masuk bilik peperiksaan tu , ada lagi sorang budak perempuan tapi kitorang tak tahu dia sakit apa . dia pendiam sangat . lagipun sehari je dia jawab kat situ . 
masa dalam wad tu , pengawas peperiksaan tanya siapa yang tak boleh duduk atas kerusi roda ? so , 3 orang duduk atas katil , 2 orang duduk atas kerusi roda . tapi malangnya ,yang duduk atas katil aku , Irfan dan Kimi . 2 laki sorang pompuan dalam satu bilik . tapi mujur pintu tak tutup rapat kalau tak timbul fitnah nanti . 
Seterusnya , setiap aku nak jawab soalan mesti irfan dan kimi buat lawak dalam bilik tu . diorang menyanyi lah , menjerit lah , tidur lah padahal satu habuk pun soalan diorang tak jawab lagi . ketua pengawas pun cakap "dah sampai hongkong dah ke kimi tu " hahaha seriusly , memang lawak cara diorang tidur siap berdengkur lagi . tapi agak sedih lah sebab irfan dan kimi cuma seminggu je dia jawab kat situ . hari last diorang kat situ , lepas siap jawab soalan , diorang nyanyi lagu selamat tinggal sambil lambai tangan ke arah aku . aku masa tu ya Allah tak de sape dah nak hiburkan aku lepas ni . emm sayu hati aku . tapi tak pe lah , sebab mak dia ada masukkan number aku dengan fatin dalam group . apa2 hal boleh chat dalam tu je . (cerita ni aku potong je sebenarnya sebab malas nak cerita satu per satu ) ..
bila semua calon dah balik tinggallah aku dengan fatin je . tapi tak pe kitorang still happy sebab ada cikgu yang sporting huhu .dalam 2 minggu kitorang jawab berdua je . dan tiba2 minggu ke 3 ada dua orang calon baru . sorang laki sorang perempuan . aku macam biasalah jawab atas katil dengan sorang budak laki nama dia Izwan tapi orang panggil Poikk . Yang sorang budak pompuan tu aku tak tahu nama dia apa sebab dia bukan exam satu bilik dengan aku , so ape2 hal aku tnya si fatin tu . oooo nama dia Iffah Farzana.. sedapkan nama dia , budak sekolah agama macam aku jugak tapi entah kenapa aku tak pernah kenal haha . lagipun aku tak pernah bertegur sapa pun dengan dia sebab dia pun sehari je jawab exam kat wad . tapi nasib baik fatin masukkan dia dalam group whatsapp . dan dalam tu je lah kitorang berkenalan ..
bila semua dah dapat discaj , tinggal aku dengan fatin lagi kat hospital . sampai satu tahap kitorang rasa bored asyik terperangkap je kat wad , kitorang pun mintak izin nak keluar pergi sekolah jumpa kawan2..tapi malangnya nasib doktor pakar tak bagi takut apa2 berlaku nanti pihak hospital dipersalahkan ..so itorang buat keputusan , kitorang mintak discaj . dan doktor pakar pun bagi .... yeayyyy !! happy sangat masa tu dapat balik tapi cuma dua hari je dapat balik pastu nanti masuk balik wad ergghh . 
dua hari kemudian....
aku dengan fatin masuk wad semula..tapi tempat kitorang dah tak macam mula2 masuk tu . kali ni fatin duduk katil aku , dan aku duduk dikatil 4 . bilik still sama . esoknya kitorang free tak ada exam , malam tu kitorang borak2 kosong . mood study tak datang lagi hahaha , esoknya pun kitorang bangun lambat , sampai doktor tau yang kejut aku . fatin tak tahu lah dia bangun sendiri ke doktor yang kejutkan ahahah . doktor kejut sebab nak check kaki dengan tulang belakang aku , biasalah kan kerja doktor memang macam tu ..
Pukul 8 malam...
aku study kat katil aku , tiba2 fatin ajak aku borak . bila dah ajak borak , memang buku tertutup lah kan . pastu bila rancak berborak , Dua orang doktor pakar round tetiba dia datang sampai kat pintu , sebab tempat aku dekat dengan pintu . doktor tu cakap kat aku sambil tengok buku aku " Dari tadi macam tu je buku study ke dok ni" masa tu aku hanya mampu gelak je . bila doktor tu dah pergi kitorang sambung balik bercerita .( tak sedar esoknya exam) kahkah!!
pukul 7 pagi.....
hari last exam , hari last kitorang kat wad , hari last kitorang berjumpa . suasana tak macam biasa , redup sayuu je rasanya . lepas ni tak tahu boleh dapat jumpa lagi ke tak .. pagi aku tak de paper , fatin saja yang ada , aku cuma ada paper petang subjek ekonomi asas . so aku ikut je fatin pergi exam kat wad atas , tapi aku tak ganggu dia pun . sampai lah dia habis soalan giliran aku pulak yang exam . aku ingatkan nak bergambar dengan pengawas2 dan fatin tu . tapi fatin tu pulak yang kena balik awal . tinggallah aku sorang . nak jawab soalan tak de mood langsung masa tu , nasib baik pengawas yang perempuan tu hiburkan aku . boleh pulak dia selfie dengan aku masa aku tngah jawab soalan .bila dah habis soalan , aku dibawa keluar dari bilik exam tu . tiba2 pengawas lelaki (cikgu azali) kata " moh selfie" haha masa tu aku ape lagi exited bergambar dengan pengawas peperiksaan weii . tapi sedih lah kan aku nak bergambar dengan fatin , irfan , kimi , iffah , poikk .. tapi tu semua angan2 . memang sedih sngat waktu tu bila pengawas hantar aku kat wad kenanga 6, barang2 aku dah siap kemas . tinggal nak tunggu surat discaj je . mase tu hati aku macam laju sangt , lepas ni aku dah x dapat jumpa pesakit2 SPM . ni lah pengalaman aku yang tak dapat aku lupakan...dan aku harap persahabatan kita akan kekal dan bukan hanya di wad sahaja . i love uoall ! 
                                  
                                                          Kimi dan Irfan

                                              

                                         Ini masa kitorang dapat discaj (Fatin dan Aku)
                                       

       Itu lah poikk , gambar ni masa dia nak balik dah . kebetulan aku dengan fatin lepak kat Dobi                                                                        HoSHAS 
                                      

   Cikgu azali , Anis(aku) , Cikgu Baiza , Cikgu shikin dan belakang tu ketua pengawas Cikgu Din .                                             pengawas pepeiksaan yang sangat2 sporting !!
                                        

Sekian saja cerita aku ....
*crita ni aku potong je sebab tak larat nak olah satu2 hehe .bye Assalamualaikum w.b.t !! semoga anda terhibur huhu ...!!



Monday, 27 February 2017

Kisah hidup aku dengan PID

Assalamualaikum . sesape kat sini ada pengidap Slippsed Disc atau doctor2 panggil dia sebagai Prolapsed Interveterbral Disc (PID) . penyakit ni mmng jarang diserang pada orang yang berumur bawah 20 . Tapi umur bukan factor dia , yang membuatkan seseorang itu dapat PID ni sebab terlalu lasak dalam sukan permainan atau mengangkat benda berat lebih dari kebolehan diri . Hanya orang yang didianogsis PID ni sahaja yang tahu macam mana rasa sakit dia . PID tak boleh dilihat melalui Xray tapi ianya hanya boleh dilihat melalui MRI (Tu singkatan dia yang panjang dia aku tak ingat ) hehehe . Kebas2 di bahagian kaki itu perkara biasa tapi semua pandang dan nilai yang kebas2 tu je , sakit bahagian belakang orang tak Nampak . slipsed disc ni kalau nak duduk tsakit , berdiri lama sakit . tak senang duduk la kiranya .



Ada yang tanya apa tu Prolapse Disc ? haa kat sini aku tunjuk contoh PID ni .

 ok sekarang saya nak cerita serba sikit kisah aku dengan PID ni .
Pada tahun 2012 hari petama masuk sekolah aku ada sertai PSCHM atau Pertubuhan Silat Cekak Harimau Malaysia . dari kecik lagi aku mmng minat dengan silat ni sebab aku suka dengan jurus dia . selama 3 tahun aku main silat pertahan diri ni . jatuh kena banting dengan partner perkara biasa bagi pesilat2 malaysia ni kan . masa jatuh tu tak ada rasa pape lagi , bila jatuh sekali , main lagi , jatuh lagi , main main main dan seterusnya main sampai aku berhenti main . berhenti tu ada sebab  . ada masalah pembulian kat sekolah dan budak2 silat dipersalahkan . terus berhenti sampai aku umur 15 tahun . ok sambung balik pasal jatuh . aku jatuh mase tu tak de la terus tak boleh bangun , sakit nak angkat kaki tu semua .tapi ada lah sikit lebam2 kat bahagian belakang (tengah2 dekat dengan tulang) . tapi aku buat tak tahu je . Cuma pergi berurut je dengan Junior . mase dia urut tu mmng Sakit , bila lepas urut badan aku tak boleh pusing ke belakang . macam ada benda sekat tak bagi aku pusing belakang . tapi lama kalamaan lebam dah baik dan aku boleh pusing badan aku macam biasa . Alhamdulillah syukur sangat2 mase tu .
Masa tahun 2016 awal tahun , masa aku kat dewan (ada kemas2 dewan masa tu) ,aku rajin sangat kan , aku pun tolong lah cikgu angkat meja kat dewan tu . aku dengan kawan aku punya lah nak cepat habis meja kat dewan tu kami angkat dua meja sekali gus . memang berat sangat tapi semacam je aku angkat . hahah . tetiba ,masa angkat tu badan aku berbunyi (ktak) . macam tulang patah . terus kawan aku suruh aku berehat . aku berehat bukan sekejap . berehat sampai habis waktu persekolahan . sampai malam kat asrama badan aku macam biasalah tak boleh pusing kebelakang . sakit kat bahu kanan . tangan tak boleh angkat keatas . aku ape lagi suruh lah junior urut aku . mmng superb sakit dia wei . dan lama2 dah ok .
Tetiba mase bulan 4 (ke 5 aku dah tak ingat ) tahun lepas (2016) petang tu sekolah ada buat merentas desa . tapi aku tak pergi sebab aku sakit belakang . aku berehat dalam dorm sorang2 . masa tu aku tak pikir langsung ada hantu ke ape ke , ye  lah kan dah sakit mana nak pikir benda gitu . aku tidur smpai maghrib . kawan aku tegur sakit lagi ke . aku masa tu tak cakap apa2 Cuma air mata aku je yang berbicara . dorang semua faham aku tengah tahan kesakitan kat tulang belakang . ok aku cepatkan cerita ye sebab kalau cerita satu per satu boleh jammed belakang aku duduk lama .

Sebelum aku kena refer ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh , aku kerap pergi klinik . sebab sakit aku ni ada masa dia datang tiba2 . kat klinik tu diorang buat apa je . cucuk ubat tahan sakit je . lama2 doktor kat klinik dah buntu tak tahu nak buat apa dengan aku , dia buat keputusan , dia hantar aku kat hospital temerloh .

Ini surat klinik untuk Hospital .
                                  



 sampai kat hospital temerloh ada sorang doctor datang Tanya sakit kat bahagian mana . sambil dia cakap tu dia rasa la tulang belakang aku nak check . masa dia tekan tu mmng sakit giler2 sampai mengalir air mata aku . pastu lepas dia check tulang belakang dia check kaki pulak . dia Tanya “rasa tak saya sentuh ni?” pastu aku cakap tak . mmng tak rasa sebab kebas dia kuat sangat . masa tu bukan doctor je yang ada kat aku . ada nurse2 lain . nurse buat kerja dia lah kan , check jantung , pakaikan gelang nama kat tangan , masukkan kan air tu kerja doctor . btw doctor tu lelaki tau .hahah ok2 saje nak bagitau .

Ok dalam beberapa jam tu doctor tu cakap kat nurse yang uruskan penghantaran pesakit ke bilik Xray . ok tak payah cerita pasal dalam bilik xray tu . seterusnya aku dihantar ke wad sementara yang berdekatan dengan kecemasan . aku berehat sekajap kat atas katil tu tetiba doctor datang . dia Tanya “macam mana ? dah boleh gerak2 sikit tak ?” aku pun kata dah boleh sikit . lama2 tu doctor pakar tulang datang beramai2 . dia cakap bahasa inggeris aku tak berapa nak faham sangat . tapi mujur dia bukan cakap dengan aku . dia cakap dengan doctor tadi tu . yang aku dengar pasal keputusan Xray tu doctor laki tadi kata “Xray normal” . dalam hati aku “aku sakit nak mati kenapa normal pulak . ke orang tu salah Xray ". tapi tak mungkin lah kan . aku pun ok lah no hal . then aku boleh balik . Dalam 5 kali macam tu aku asyik datang , balik , datang , balik hospital . sebab Xray tak Nampak langsung . 


                                                                    Ini dia keputusan Xray
                                                                Image result for xray prolapse interveterbral disc
                                 see . nampak tulang je . normal n nampak cantik tersusun .

bila sakit aku datang balik . aku pun kena tahan wad selama seminggu . ok tak nak cerita pasal kat wad . cukup seminggu aku dah boleh discaj then doctor bagi surat hospital . dalam setahun $ kali masuk wad . aku dah anggap hospital tu rumah aku yang kedua . surat tu suruh aku pergi buat MRI .ok aku pun pergi . selepas buat MRI tu , aku pergi temujanji dengan doctor pakar orthopaedic , dan dia tunjuk keputusan MRI tu dalam komputer . dia kata tulang cantik . tapi kita tak tengok pada tulang . kita tengok pada saraf tunjang yang betul2 dekat dengan tulang . aku angguk je walaupun aku tak faham benda yang MRI tu bgitahu haha . ok , masa temujanji tu doctor bgithu aku yang cakera kat antara tulang tu terkeluar sikit . cakera tu yang dah tekankan urat saraf . sebab tu lah rupanya belakang aku sakit , kaki aku kebas2 tak rasa . sarat aku tersepit rupanya . 

                                                       Ini dia keputusan MRI(contoh gambar)
Image result for Prolapsed intervertebral disc

                                              Ini pulak contoh bahagian tulang yang terSlipsed Disc

                                                 Image result for Prolapsed intervertebral disc
                                            Yang warna merah tu kebas2 dibahagian kaki . aku selalu kebas2 kat                                              bahagian betis dalam dengan betis luar mcm yang gambar L4 dengan L5 . L1                                   hingga L5 tu jenis2 tulang sebenarnya . tulang mana yang kita sakit , bahagian                                                                             kaki tu la yang rasa kebas .
                                                 

                                                                                  UBAT ?
                                               ubat sekali dapat boleh la cecah 100 lebih tapi aku tak selalu                                                                        makan takut effek buah pinggang pulak .

 now , aku nak rehat jap . belakang aku sakit . nanti ada masa aku sambung balik cerita . panjang lagi ni . ok bye assalamualikum .