Ada yang tanya apa tu Prolapse Disc ? haa kat sini aku tunjuk contoh PID ni .
Pada tahun 2012 hari petama masuk sekolah aku ada
sertai PSCHM atau Pertubuhan Silat Cekak Harimau Malaysia . dari kecik lagi aku
mmng minat dengan silat ni sebab aku suka dengan jurus dia . selama 3 tahun aku
main silat pertahan diri ni . jatuh kena banting dengan partner perkara biasa
bagi pesilat2 malaysia ni kan . masa jatuh tu tak ada rasa pape lagi , bila
jatuh sekali , main lagi , jatuh lagi , main main main dan seterusnya main
sampai aku berhenti main . berhenti tu ada sebab . ada masalah pembulian kat sekolah dan
budak2 silat dipersalahkan . terus berhenti sampai aku umur 15 tahun . ok
sambung balik pasal jatuh . aku jatuh mase tu tak de la terus tak boleh bangun
, sakit nak angkat kaki tu semua .tapi ada lah sikit lebam2 kat bahagian belakang (tengah2 dekat dengan tulang) . tapi aku buat tak tahu je . Cuma pergi berurut je dengan Junior . mase dia
urut tu mmng Sakit , bila lepas urut badan aku tak boleh pusing ke belakang .
macam ada benda sekat tak bagi aku pusing belakang . tapi lama kalamaan lebam
dah baik dan aku boleh pusing badan aku macam biasa . Alhamdulillah syukur
sangat2 mase tu .
Masa tahun 2016 awal tahun , masa aku kat dewan
(ada kemas2 dewan masa tu) ,aku rajin sangat kan , aku pun tolong lah cikgu
angkat meja kat dewan tu . aku dengan kawan aku punya lah nak cepat habis meja
kat dewan tu kami angkat dua meja sekali gus . memang berat sangat tapi semacam
je aku angkat . hahah . tetiba ,masa angkat tu badan aku berbunyi (ktak) .
macam tulang patah . terus kawan aku suruh aku berehat . aku berehat bukan
sekejap . berehat sampai habis waktu persekolahan . sampai malam kat asrama
badan aku macam biasalah tak boleh pusing kebelakang . sakit kat bahu kanan .
tangan tak boleh angkat keatas . aku ape lagi suruh lah junior urut aku . mmng
superb sakit dia wei . dan lama2 dah ok .
Tetiba mase bulan 4 (ke 5 aku dah tak ingat )
tahun lepas (2016) petang tu sekolah ada buat merentas desa . tapi aku tak
pergi sebab aku sakit belakang . aku berehat dalam dorm sorang2 . masa tu aku
tak pikir langsung ada hantu ke ape ke , ye lah
kan dah sakit mana nak pikir benda gitu . aku tidur smpai maghrib . kawan aku
tegur sakit lagi ke . aku masa tu tak cakap apa2 Cuma air mata aku je yang
berbicara . dorang semua faham aku tengah tahan kesakitan kat tulang belakang .
ok aku cepatkan cerita ye sebab kalau cerita satu per satu boleh jammed
belakang aku duduk lama .
Sebelum aku kena refer ke Hospital Sultan Haji
Ahmad Shah Temerloh , aku kerap pergi klinik . sebab sakit aku ni ada
masa dia datang tiba2 . kat klinik tu diorang buat apa je . cucuk ubat tahan
sakit je . lama2 doktor kat klinik dah buntu tak tahu nak buat apa dengan aku , dia buat keputusan , dia hantar aku kat hospital temerloh .
Ini surat klinik untuk Hospital .

sampai kat hospital temerloh ada sorang doctor datang Tanya sakit kat bahagian mana . sambil dia cakap tu dia rasa la tulang belakang aku nak check . masa dia tekan tu mmng sakit giler2 sampai mengalir air mata aku . pastu lepas dia check tulang belakang dia check kaki pulak . dia Tanya “rasa tak saya sentuh ni?” pastu aku cakap tak . mmng tak rasa sebab kebas dia kuat sangat . masa tu bukan doctor je yang ada kat aku . ada nurse2 lain . nurse buat kerja dia lah kan , check jantung , pakaikan gelang nama kat tangan , masukkan kan air tu kerja doctor . btw doctor tu lelaki tau .hahah ok2 saje nak bagitau .
Ini surat klinik untuk Hospital .
sampai kat hospital temerloh ada sorang doctor datang Tanya sakit kat bahagian mana . sambil dia cakap tu dia rasa la tulang belakang aku nak check . masa dia tekan tu mmng sakit giler2 sampai mengalir air mata aku . pastu lepas dia check tulang belakang dia check kaki pulak . dia Tanya “rasa tak saya sentuh ni?” pastu aku cakap tak . mmng tak rasa sebab kebas dia kuat sangat . masa tu bukan doctor je yang ada kat aku . ada nurse2 lain . nurse buat kerja dia lah kan , check jantung , pakaikan gelang nama kat tangan , masukkan kan air tu kerja doctor . btw doctor tu lelaki tau .hahah ok2 saje nak bagitau .
Ok dalam beberapa jam tu doctor tu cakap kat nurse yang
uruskan penghantaran pesakit ke bilik Xray . ok tak payah cerita pasal dalam
bilik xray tu . seterusnya aku dihantar ke wad sementara yang berdekatan dengan
kecemasan . aku berehat sekajap kat atas katil tu tetiba doctor datang .
dia Tanya “macam mana ? dah boleh gerak2 sikit tak ?” aku pun kata dah boleh
sikit . lama2 tu doctor pakar tulang datang beramai2 . dia cakap bahasa
inggeris aku tak berapa nak faham sangat . tapi mujur dia bukan cakap dengan
aku . dia cakap dengan doctor tadi tu . yang aku dengar pasal keputusan Xray tu
doctor laki tadi kata “Xray normal” . dalam hati aku “aku sakit nak mati kenapa
normal pulak . ke orang tu salah Xray ". tapi tak mungkin lah kan . aku pun ok
lah no hal . then aku boleh balik . Dalam 5 kali macam tu aku asyik datang ,
balik , datang , balik hospital . sebab Xray tak Nampak langsung .
Ini dia keputusan Xray
see . nampak tulang je . normal n nampak cantik tersusun .
bila sakit
aku datang balik . aku pun kena tahan wad selama seminggu . ok tak nak cerita
pasal kat wad . cukup seminggu aku dah boleh discaj then doctor bagi surat
hospital . dalam setahun $ kali masuk wad . aku dah anggap hospital tu rumah aku yang kedua . surat tu suruh aku pergi buat MRI .ok aku pun pergi . selepas buat
MRI tu , aku pergi temujanji dengan doctor pakar orthopaedic , dan dia tunjuk
keputusan MRI tu dalam komputer . dia kata tulang cantik . tapi kita tak tengok
pada tulang . kita tengok pada saraf tunjang yang betul2 dekat dengan tulang .
aku angguk je walaupun aku tak faham benda yang MRI tu bgitahu haha . ok , masa
temujanji tu doctor bgithu aku yang cakera kat antara tulang tu terkeluar sikit
. cakera tu yang dah tekankan urat saraf . sebab tu lah rupanya belakang aku
sakit , kaki aku kebas2 tak rasa . sarat aku tersepit rupanya .
Ini dia keputusan MRI(contoh gambar)
Ini pulak contoh bahagian tulang yang terSlipsed Disc
Yang warna merah tu kebas2 dibahagian kaki . aku selalu kebas2 kat bahagian betis dalam dengan betis luar mcm yang gambar L4 dengan L5 . L1 hingga L5 tu jenis2 tulang sebenarnya . tulang mana yang kita sakit , bahagian kaki tu la yang rasa kebas .
UBAT ?
ubat sekali dapat boleh la cecah 100 lebih tapi aku tak selalu makan takut effek buah pinggang pulak .
now , aku nak
rehat jap . belakang aku sakit . nanti ada masa aku sambung balik cerita .
panjang lagi ni . ok bye assalamualikum .
